Friday, January 3, 2014

Larian Pecut

1. FASA-FASA LARIAN

Terdiri daripada tiga fasa larian iaitu:

FASA PERMULAAN
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.

i. Memulakan larian tanpa blok permulaan
Gaya peluru
o   berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
o   hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan
o   ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya sederhana
o  berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
o  lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan
o  ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Gaya panjang
o  berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
o  lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan
o  ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

ii. Memulakan larian dengan blok permulaan
Gaya peluru
o  blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan
o  blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Gaya sederhana
o  letakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan
o  blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Gaya panjang
o   blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan
o   blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

FASA LARIAN
Pecutan
1.     Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat di  blok permulaan.
2.     Tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula.
3.     Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata  pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.
4.     Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan   dimulakan dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki.
5.     Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 900.
6.     Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap  rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
1.     Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian
2.     95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada jarak kira-kira 18 meter
3.     Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya ditentukan oleh tahap kevergasan fizikal atlit.

Larian di selekoh
1.     Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'
2.     Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian selekoh berkesan untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'
3.     Tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.


FASA PENAMAT
1.     Berlari dengan 10 meter lebih dari jarak lariannya
2.     Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati garisan penamat

3.     Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian dada ke hadapan.



2. LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong
Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan
Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan 
Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh
Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

b) Larian teknik pecut
Berlari dengan melangkah panjang
Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut
Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Berlari menyepak ke belakang.
Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan
Melonjak untuk jarak.
Melangkah panjang ( bounding )
Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.
Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.


3. TEKNIK PENGGUNAAN BLOK MULA (STARTING BLOCK)

Terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

Fasa Permulaan
     Memulakan Larian dengan Blok



     Gaya peluru
     Blok permulaan adalah rapat dngan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian    hadapan blok hadapan

     Gaya sederhana
     Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

     Gaya panjang
     Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.


     Fasa Pecutan

Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.

Kedudukan tangan
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.

Kedudukan kepala dan leher
Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

     Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan



     Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.
Pecutan berlaku pada awal larian
95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

Teknik Larian di selekoh



     Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'.
Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan larian selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa 'centrifugal'.
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

Teknik Penamat


Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.
Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

4. PERMULAAN DEKAM

i) Ciri-ciri teknik ke garisan
     Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.
Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
Condongkan badan.
Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

ii) Ciri-ciri teknik sedia

Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan
Bongkokkan lebih lutut kaki hadapan
Kaki belakang tolak ke tanah.
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.
     
     iii) Ciri-ciri teknik pelepasan

Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

     5. FASA LARIAN 30 METER

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian.
Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

     Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempat di  blok permulaan.
     Tangan lurus dan buka seluas bahu. Ibu jari dan jari telunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletakkan di belakang garisan mula.
     Kepala dan leher didongak iaitu sebahagian dari 'torso'. Mata  pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.
     Selepas bunyi tembakan pistol, pergerakan ke hadapan   dimulakan dengan hayunan pergerakan yang kuat bahagian tangan dan kaki.
     Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan hayunan ke hadapan. Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan pada sudut 900.
     Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap  rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.


     6. TEKNIK PENAMAT


Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m.
Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

Thursday, January 2, 2014

Latihan Fartlek


Latihan fartlek ialah ‘speed play’ adalah sejenis latihan daya tahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit.

Aktiviti latihan ini berkaitan dengan pecutan, yang mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo atau kadar tertentu yang biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima.

Latihan ini juga boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. Ia merupakan satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah kita bermain dengan kelajuan disepanjang permukaan tanah yang berbeza.

Tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, tetapi mampu mengelakkan kebosanan para atlit.

Objektif latihan

  1. meningkatkan dayatahan kardiovaskular
  2. membina dan meningkatkan kepantasan

Rasional

  1. Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit
  2. Membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu ‘pre-requisite’ dalam pembinaan kuasa eksplosif.

Prinsip latihan

  1. Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa tidak  dipentingkan. Atlit adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadar kederasan sendiri.
  2. Kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari satu masa ke semasa.
  3. Masa rehat untuk aktiviti larian kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif seperti berjalan, jogging dan berlari langkah panjang (striding).
  4. Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan bermula kembali dengan memulakan larian kepantasan.



Cara melaksanakan latihan fartlek

  1. Pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.
  2. Pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan dengan sekolah.
  3. Mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan, larian zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.
  4. Lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.
  5. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

Sunday, January 6, 2013

KUMPULAN MAKANAN


1. Kumpulan dan Jenis Makanan

Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu). Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
  
Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam sistem saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat
          Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Pilihan Makanan Sihat
            Kita memerlukan makanan yang kaya dengan nutrien untuk membesar dengan baik, bertenaga dan sentiasa sihat. Kita hendaklah mengambil sarapan, sajian makanan tengah hari dan sajian makan malam.

PENYALAHGUNAAN BAHAN


2. Penyalahgunaan Bahan
(a) Ubat dan Racun
            Ubat ialah bahan yang digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Ubat terdapat dalam bentuk pil, cecair, kapsul dan krim. Ubat-ubatan yang diambil mestilah mengikut preskripsi doktor.

  





       Racun pula ialah bahan yang menyebabkan kematian atau bahaya jika diserap oleh benda hidup. Bahan racun boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal debuan dan gas.





(b) Kesan Buruk Penyalahgunaan Dadah
a)     Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan yang    menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.

b)     Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana mengesyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
c)   Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memakai kaca mata gelap untuk melindunginya.
d) Terdapat parut dan kesan-kesan luka terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)
e)   Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
f)     Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat- 
      tempat sunyi atau gelap.
g)  Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi khayalan khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
h)  Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah difahami.
 i)  Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri. Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

PEMAKANAN


1. Pemakanan

(a) Piramid Makanan
           Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Piramid makanan merupakan panduan pengambilan makananpada kadar tertentu mengikut kumpulan dan jenis makanan.




(b) Kadar Pengambilan Makanan
      Tenaga dan zat makanan yang kita peroleh bergantung pada jumlah dan jenis makanan yang kita makan pada setiap hari. Makanan akan membekalkan tenaga dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membesar, bermain, belajar dan berfikir.





































(c) Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang
        Pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu dan mengalami pelbagai kemudaratan. Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber vitamin c dan zat yang penting, mereka akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan persis cogan kata badan sihat otak cerdas.
      Kita mengakui hakikat bahawa, pemakanan seimbang juga dapat membekalkan vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Vitamin ini sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan hormon. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.
     Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat.
       Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Tuesday, December 25, 2012

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

 2. Penyakit Tidak Berjangkit
            Penyakit tidak berjangkit merupakan penyakit yang tidak memerlukan vektor atau perantaraan. Penyakit ini berpunca daripada keturunan atau genetic dan gaya hidup seseorang individu itu.

Karies Gigi
            Karies gigi ialah masalah gigi berlubang. Ini berlaku akibat tindak balas antara bacteria dengan makanan bergula di permukaan gigi. Asid yang terhasil dalam tindak balas ini akan melembutkan lapisan enamel gigi. Seterusnya bakteria dapat memasuki lapisan dentin gigi dan menyebabkan gigi berlubang.






 Penyakit Jantung
            Penyakit ini terjadi apabila otot jantung tidak dapat mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Kejadian ini disebabkan saluran darah jantung tersumbat. Kesannya, kita akan berasa amat sakit seperti ada sesuatu yang mencengkam pada bahagian dada.


         

 







Diabetes
Penyakit ini terjadi apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi. Keadaan ini berlaku kerana tubuh kita kurang mengeluarkan hormon insulin. Hormon inibertugas mengawal kandungan gula dalam darah. Penyakit ini boleh menyebabkan luka kita lambat sembuh. Penglihatan kita juga berkemungkinan akan menjadi kabur seterusnya kita akan menjadi buta.



  
Asma
            Penyakit ini terjadi apabila saluran pernafasan terganggu. Serangan asma boleh berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu, pencemaran udara atau cuaca. Penyakit ini menunjukkan simptom batuk, nafas berbunyi, kahak berlebihan dan kecungapan.




Penyakit Buah Pinggang
            Penyakit ini terjadi apabila buah pinggang gagal berfungsi untuk membersihkan darah. Kegagalan ini adalah disebabkan jangkitan kuman, keracunan dan penggunaan ubat yang tidak mengikut arahan. Kesannya, pesakit akan hilang selera makan, berasa mual dan muntah-muntah serta kelihatan lemah.






  
 Pencegahan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit

 
1. Bersenam dan bersukan – Kita perlu melakukan aktiviti ini tiga kali seminggu dan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit pada setiap sesi. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung kita.



 
2. Makan makanan seimbang – Kita harus mempelbagaikan makanan dalam menu harian kita. Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan olehtubuh badan kita.



 

3. Memeriksa kesihatan secara berkala dan tetap – Kita mesti berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor pada setiap enam bulan atau setahun sekali. Melalui pemeriksaan kesihatan ini, kita dapat mengetahui tahap kesihatan tubuh badan kita.