Tuesday, December 25, 2012

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

 2. Penyakit Tidak Berjangkit
            Penyakit tidak berjangkit merupakan penyakit yang tidak memerlukan vektor atau perantaraan. Penyakit ini berpunca daripada keturunan atau genetic dan gaya hidup seseorang individu itu.

Karies Gigi
            Karies gigi ialah masalah gigi berlubang. Ini berlaku akibat tindak balas antara bacteria dengan makanan bergula di permukaan gigi. Asid yang terhasil dalam tindak balas ini akan melembutkan lapisan enamel gigi. Seterusnya bakteria dapat memasuki lapisan dentin gigi dan menyebabkan gigi berlubang.






 Penyakit Jantung
            Penyakit ini terjadi apabila otot jantung tidak dapat mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Kejadian ini disebabkan saluran darah jantung tersumbat. Kesannya, kita akan berasa amat sakit seperti ada sesuatu yang mencengkam pada bahagian dada.


         

 







Diabetes
Penyakit ini terjadi apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi. Keadaan ini berlaku kerana tubuh kita kurang mengeluarkan hormon insulin. Hormon inibertugas mengawal kandungan gula dalam darah. Penyakit ini boleh menyebabkan luka kita lambat sembuh. Penglihatan kita juga berkemungkinan akan menjadi kabur seterusnya kita akan menjadi buta.



  
Asma
            Penyakit ini terjadi apabila saluran pernafasan terganggu. Serangan asma boleh berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu, pencemaran udara atau cuaca. Penyakit ini menunjukkan simptom batuk, nafas berbunyi, kahak berlebihan dan kecungapan.




Penyakit Buah Pinggang
            Penyakit ini terjadi apabila buah pinggang gagal berfungsi untuk membersihkan darah. Kegagalan ini adalah disebabkan jangkitan kuman, keracunan dan penggunaan ubat yang tidak mengikut arahan. Kesannya, pesakit akan hilang selera makan, berasa mual dan muntah-muntah serta kelihatan lemah.






  
 Pencegahan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit

 
1. Bersenam dan bersukan – Kita perlu melakukan aktiviti ini tiga kali seminggu dan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit pada setiap sesi. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung kita.



 
2. Makan makanan seimbang – Kita harus mempelbagaikan makanan dalam menu harian kita. Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan olehtubuh badan kita.



 

3. Memeriksa kesihatan secara berkala dan tetap – Kita mesti berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor pada setiap enam bulan atau setahun sekali. Melalui pemeriksaan kesihatan ini, kita dapat mengetahui tahap kesihatan tubuh badan kita.




2 comments:

Ica hermawan said...

Wah.. Bisa menjadi bahan referensi ini...

https://informasiuca.blogspot.com

Unknown said...

Ya,betul kita mesti jumpa doktor jika kita ada sakit berjangkit .