2.
Penyalahgunaan Bahan
(a)
Ubat dan Racun
Ubat ialah bahan yang digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Ubat terdapat dalam bentuk pil, cecair, kapsul dan krim.
Ubat-ubatan yang diambil mestilah mengikut preskripsi doktor.
Racun pula ialah bahan yang menyebabkan kematian atau
bahaya jika diserap oleh benda hidup. Bahan racun boleh didapati dalam bentuk
cecair, pepejal debuan dan gas.
(b)
Kesan Buruk Penyalahgunaan Dadah
a) Tubuh
badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu
makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang
diperlukan.
b) Mudah
tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana mengesyaki
dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
c) Mata
selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka
terpaksa memakai kaca mata gelap untuk melindunginya.
d) Terdapat
parut dan kesan-kesan luka terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang
menggunakan jarum suntikan)
e) Dari
masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
f) Suka
menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-
tempat sunyi atau gelap.
g) Selalu
melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi khayalan khayalan
kesan dadah yang mereka ambil.
h) Tidak
dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental,
sehingga percakapan susah difahami.
i) Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta
hilang pertimbangan akal dan kawalan diri. Walau bagaimanapun, kesan atau
akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung
kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara
penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.
No comments:
Post a Comment