Tuesday, December 25, 2012

SEKSUALITI


1. Seksualiti

(i) Akil Baligh
Kita dikatakan mencapai akil baligh apabila mula kedatangan haid bagi perempuan dan ihtilam bagi lelaki. Kemudian, kita akan mengalami perubahan fizikal secara beransur-ansur. Sistem reproduktif juga akan mula berfungsi.

(ii) Perubahan Fizikal
Bil
Perempuan
Lelaki
1
Mula ditumbuhi bulu pada bahagian ari-ari dan ketiak
Mula tumbuh misai serta bulu pada bahagian ari-ari, ketiak, kaki dan dada
2
Mula menunjukkan pertumbuhan payu dara dan pembesaran punggung
Bahu dan dada beransur-ansur menjadi bidang
3
Mula ditumbuhi jerawat
Mula ditumbuhi jerawat

Perkara di atas berlaku kerana bagi remaja lelaki, kelenjar seksnya akan merembeskan hormone androgen. Hormon ini menggalakkan pertumbuhan bulu-bulu badan dan menjadikan suara garau. Selain itu, halkum juga akan jelas kelihatan. Hormon tiroksina pula membentuk otot-otot pada tubuh badan mereka. Bagi remaja perempuan pula, hormon estrogen yang dirembeskan oleh kelenjar seks mereka akan merangsang pertumbuhan payu dara dan sel lemak. Ia akan menyebabkan punggung menjadi lebar. Rembesan hormon progesterone pula mengakibatkan berlakunya haid.

(iii) Kitaran Haid
            Haid merupakan darah yang keluar daripada faraj selama beberapa hari salam sebulan. Cepat atau lambat seseorang itu mengalami haid ditentukan oleh faktor keturunan dan pemakanannya. Pusingan atau tempoh kedatangan haid juga berbeza antara satu sama lain. Tempoh kedatangan haid pula antara tiga hari hingga tujuh hari. Kedatangan haid ini juga boleh menyebabkan senggugut iaitu kesakitan dan rasa lenguh yang dialami di bahagian bawah perut dan belakang, pada hari pertama kedatangan haid setiap bulan.

(iv) Ihtilam
            Ihtilam ialah keluarnya air mani secara tidak disedari semasa seseorang remaja lelaki bermimpikan sesuatu yang memberahikan. Ini merupakan pengalaman pertama lelaki dalam menandakan sistem reproduktifnya mula berfungsi. Umur remaja lelaki mengalami ihtilam dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitarannya.

1 comment:

Anonymous said...

👍👍👍