Sunday, September 12, 2010

KECERGASAN FIZIKAL



NAMA-NAMA OTOT










































KECERGASAN FIZIKAL

DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
  • Daya Tahan Kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik semasa seseorang itu melakukan kerja dalam tempoh masa yang panjang.
  • Aktiviti : Joging, Skip, Senamrobik, Berjalan Pantas, Berlari, Berbasikal dan Berenang

FLEKSIBILITI
  • Fleksibiliti ialah keupayaan meregangkan otot dan menggerakkan sendi-sendi dengan bebas tanpa berasa sakit.
  • Aktiviti : Cucuk jarum, Limbo Rock, Gimnastik, Lompat tinggi

KOORDINASI
  • Koordinasi ialah keupayaan kita menyelaraskan pergerakan anggota-anggota badan untuk menghasilkan pergerakan yang tepat dan lancar.
  • Aktiviti : Badminton, Hoki, Bola beracun

IMBANGAN
  • Imbangan ialah kebolehan mengawal atau mengekalkan diri dengan stabil semasa melakukan aktiviti sama ada semasa berada dalam keadaan statik atau dinamik.
  • Aktiviti : Dirian kepala, Imbangan "V", Dirian skala

KETANGKASAN
  • Ketangkasan ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil menukar arah atau kedudukan badan dalam melakukan sesuatu aktiviti semasa bersukan atau beriadah.
  • Aktiviti : Larian Zig-zag, Menggelecek 

DAYA TAHAN OTOT
  • Daya Tahan Otot ialah kemampuan otot kita melakukan pergerakan yang berulang-ulang dalam tempoh yang lama tanpa berasa letih.
  • Aktiviti : Bangkit tubi, Tekan tubi, Mendagu, Burpee

KEKUATAN
  • Kekuatan ialah kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi sesuatu rintangan.
  • Aktiviti : Berlari naik tangga atau bukit, Tarik tali, Angkat berat

MASA TINDAK BALAS
  • Masa Tindak Balas ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk membuat keputusan bergerak dengan pantas setelah menerima ransangan.
  • Aktiviti : Memulakan larian, Menangkis pukulan smesy dalam badminton, Ping-pong