Tuesday, December 25, 2012

SISTEM REPRODUKTIF MANUSIA


1. Kesihatan Diri

a) Pengenalan sistem reproduktif manusia
        Sistem reproduktif berfungsi untuk menghasilkan zuriat. Organ reproduktif lelaki dan perempuan adalah berbeza. Organ reproduktif lelaki ialah zakar, glans zakar, testis dan skrotum. Manakala organ reproduktif perempuan pula ialah vagina, ovari, uterus dan tiub fallopio.



(b) Akil baligh dan perubahan fizikal           
               Remaja perempuan akan mencapai akil baligh apabila didatangi haid untuk kali pertama. Manakala remaja lelaki pula tanda akil baligh ialah akan mengalami ihtilam atau mimpi basah. Pada peringkat ini, remaja perempuan dan lelaki akan mengalami perubahan fizikal seperti ketinggian, berat badan dan perwatakan. Terdapat perubahan fizikal yang ketara pada remaja apabila berumur antara 12 hingga 16 tahun. Pada masa ini sifat-sifat jantina sekunder akan mula terbentuk. Perubahan ini mempunyai persamaan dan juga perbezaan tersendiri.

PERUBAHAN FIZIKAL
LELAKI
PEREMPUAN
Perubahan suara yang akanmenjadi garau
Pembesaran payu dara
Pertumbuhan misai dan janggut
Pembesaran punggung
Pertumbuhan bulu ketiak, kaki, lengan dan dada
Pertumbuhan bulu ketiak
Pertumbuhan bulu di sekitar kemaluan
Pertumbuhan bulu di sekitar kemaluan

Pada umumnya, akil baligh bagi remaja perempuan bermula dari umur 8 hingga 12 tahun. Manakala akil baligh remaja lelaki pula bermula dari umur 10 hingga 14 tahun.

(c) Pengurusan kesihatan diri
            Pada peringkat akil baligh, remaja lelaki dan perempuan akan menjadi lebih aktif dan mudah berpeluh. Mereka perlu menjaga kebersihan diri terutamanya pakaian bagi mengelakkan jangkitan penyakit kulit. Remaja lelaki dan perempuan perlu mencuci muka dengan air yang bersih serta pencuci muka bagi mengelakkan jerawat. Mereka perlu mandi dengan air yang bersih dan menggunakan sabun bagi mengeluarkan kotoran yang terlekat pada badan. Selain itu, mereka perlu mencuci rambut dengan menggunakan syampu dua atau 3 kali seminggu bagi mengelakkan kelemumur dan rambut berbau busuk.
            Bagi remaja perempuan, mereka perlu menggunakan tuala wanita ketika haid. Mereka perlu menukar tuala wanita sekerapnya. Mereka perlu mencuci kemaluan dengan menggunakan cecair pencuci penjagaan wanita dan air yang bersih bagi mengelakkan jangkitan bakteria. Tuala wanita yang kotor perlu dicuci sebelum dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah.
            Bagi remaja lelaki pula, mereka perlu membersihkan kemaluan dengan air yang bersih dan sabun. Mereka perlu memastikan alat kemaluan dilap dengan kering dan perlu menukar seluar dalam setiap hari. Sekiranya memakai seluar dalam yang lembap, kemaluan akan dijangkiti penyakit kulit.

2 comments:

Anonymous said...

bagus nya!!!!!!

Anonymous said...

👍👍👍