Sunday, January 6, 2013

KUMPULAN MAKANAN


1. Kumpulan dan Jenis Makanan

Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu). Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
  
Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam sistem saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat
          Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Pilihan Makanan Sihat
            Kita memerlukan makanan yang kaya dengan nutrien untuk membesar dengan baik, bertenaga dan sentiasa sihat. Kita hendaklah mengambil sarapan, sajian makanan tengah hari dan sajian makan malam.

PENYALAHGUNAAN BAHAN


2. Penyalahgunaan Bahan
(a) Ubat dan Racun
            Ubat ialah bahan yang digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Ubat terdapat dalam bentuk pil, cecair, kapsul dan krim. Ubat-ubatan yang diambil mestilah mengikut preskripsi doktor.

  





       Racun pula ialah bahan yang menyebabkan kematian atau bahaya jika diserap oleh benda hidup. Bahan racun boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal debuan dan gas.





(b) Kesan Buruk Penyalahgunaan Dadah
a)     Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan yang    menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.

b)     Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-bukan kerana mengesyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
c)   Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memakai kaca mata gelap untuk melindunginya.
d) Terdapat parut dan kesan-kesan luka terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)
e)   Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
f)     Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat- 
      tempat sunyi atau gelap.
g)  Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi khayalan khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
h)  Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah difahami.
 i)  Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri. Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

PEMAKANAN


1. Pemakanan

(a) Piramid Makanan
           Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Piramid makanan merupakan panduan pengambilan makananpada kadar tertentu mengikut kumpulan dan jenis makanan.




(b) Kadar Pengambilan Makanan
      Tenaga dan zat makanan yang kita peroleh bergantung pada jumlah dan jenis makanan yang kita makan pada setiap hari. Makanan akan membekalkan tenaga dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membesar, bermain, belajar dan berfikir.





































(c) Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang
        Pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu terganggu dan mengalami pelbagai kemudaratan. Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber vitamin c dan zat yang penting, mereka akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sudah terang lagi bersuluh, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan persis cogan kata badan sihat otak cerdas.
      Kita mengakui hakikat bahawa, pemakanan seimbang juga dapat membekalkan vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Vitamin ini sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan hormon. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.
     Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat.
       Pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.