Penyakit
tidak berjangkit merupakan penyakit yang tidak memerlukan vektor atau
perantaraan. Penyakit ini berpunca daripada keturunan atau genetic dan gaya
hidup seseorang individu itu.
Karies Gigi
Karies
gigi ialah masalah gigi berlubang. Ini berlaku akibat tindak balas antara
bacteria dengan makanan bergula di permukaan gigi. Asid yang terhasil dalam
tindak balas ini akan melembutkan lapisan enamel gigi. Seterusnya bakteria
dapat memasuki lapisan dentin gigi dan menyebabkan gigi berlubang.
Penyakit
Jantung
Penyakit ini terjadi apabila otot
jantung tidak dapat mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Kejadian
ini disebabkan saluran darah jantung tersumbat. Kesannya, kita akan berasa amat
sakit seperti ada sesuatu yang mencengkam pada bahagian dada.
Diabetes
Penyakit ini terjadi
apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi. Keadaan ini berlaku kerana
tubuh kita kurang mengeluarkan hormon insulin. Hormon inibertugas mengawal
kandungan gula dalam darah. Penyakit ini boleh menyebabkan luka kita lambat
sembuh. Penglihatan kita juga berkemungkinan akan menjadi kabur seterusnya kita
akan menjadi buta.
Asma
Penyakit ini terjadi apabila saluran
pernafasan terganggu. Serangan asma boleh berlaku disebabkan alahan terhadap
makanan tertentu, pencemaran udara atau cuaca. Penyakit ini menunjukkan simptom
batuk, nafas berbunyi, kahak berlebihan dan kecungapan.
Penyakit
Buah Pinggang
Penyakit ini terjadi apabila buah
pinggang gagal berfungsi untuk membersihkan darah. Kegagalan ini adalah
disebabkan jangkitan kuman, keracunan dan penggunaan ubat yang tidak mengikut
arahan. Kesannya, pesakit akan hilang selera makan, berasa mual dan
muntah-muntah serta kelihatan lemah.
Pencegahan
Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit
1. Bersenam dan bersukan – Kita perlu
melakukan aktiviti ini tiga kali seminggu dan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit
pada setiap sesi. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan
menguatkan otot jantung kita.
2. Makan makanan seimbang – Kita harus
mempelbagaikan makanan dalam menu harian kita. Amalan ini dapat membekalkan
kesemua nutrient yang diperlukan olehtubuh badan kita.
3. Memeriksa kesihatan secara berkala
dan tetap – Kita mesti berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor pada
setiap enam bulan atau setahun sekali. Melalui pemeriksaan kesihatan ini, kita
dapat mengetahui tahap kesihatan tubuh badan kita.