NAMA-NAMA OTOT
KECERGASAN FIZIKAL
DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
FLEKSIBILITI
KOORDINASI
IMBANGAN
KETANGKASAN
DAYA TAHAN OTOT
KEKUATAN
MASA TINDAK BALAS
KECERGASAN FIZIKAL
DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
- Daya Tahan Kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik semasa seseorang itu melakukan kerja dalam tempoh masa yang panjang.
- Aktiviti : Joging, Skip, Senamrobik, Berjalan Pantas, Berlari, Berbasikal dan Berenang
FLEKSIBILITI
- Fleksibiliti ialah keupayaan meregangkan otot dan menggerakkan sendi-sendi dengan bebas tanpa berasa sakit.
- Aktiviti : Cucuk jarum, Limbo Rock, Gimnastik, Lompat tinggi
KOORDINASI
- Koordinasi ialah keupayaan kita menyelaraskan pergerakan anggota-anggota badan untuk menghasilkan pergerakan yang tepat dan lancar.
- Aktiviti : Badminton, Hoki, Bola beracun
IMBANGAN
- Imbangan ialah kebolehan mengawal atau mengekalkan diri dengan stabil semasa melakukan aktiviti sama ada semasa berada dalam keadaan statik atau dinamik.
- Aktiviti : Dirian kepala, Imbangan "V", Dirian skala
KETANGKASAN
- Ketangkasan ialah kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil menukar arah atau kedudukan badan dalam melakukan sesuatu aktiviti semasa bersukan atau beriadah.
- Aktiviti : Larian Zig-zag, Menggelecek
DAYA TAHAN OTOT
- Daya Tahan Otot ialah kemampuan otot kita melakukan pergerakan yang berulang-ulang dalam tempoh yang lama tanpa berasa letih.
- Aktiviti : Bangkit tubi, Tekan tubi, Mendagu, Burpee
KEKUATAN
- Kekuatan ialah kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi sesuatu rintangan.
- Aktiviti : Berlari naik tangga atau bukit, Tarik tali, Angkat berat
MASA TINDAK BALAS
- Masa Tindak Balas ialah masa yang diperlukan oleh seseorang untuk membuat keputusan bergerak dengan pantas setelah menerima ransangan.
- Aktiviti : Memulakan larian, Menangkis pukulan smesy dalam badminton, Ping-pong